AMALAN PETUA DALAM KEHIDUPAN.
Blog ini adalah merupakan satu medan untuk berkongsi petua sama ada dari segi kesihatan, masakan , tanaman atau lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Dalam masyarakat melayu tidak sunyi dengan pelbagai petua yang diamalkan semenjak nenek moyang. lagi Dek kerana itulah saya berhasrat untuk mengumpul sebanyak mungkin petua yang pernah digunakan dalam masyarakat kita. Hal ini penting kerana ianya sudah jarang digunakan dan dilihat sudah tidak sesuai dengan masa kini.Saya juga akan berkongsi petua dari bangsa-bangsa lain. Input berkenaan mungkin saya akan dapatkan dari blogger-blogger lain, buku atau apa-apa bentuk penulisan sama ada secara bercetak mahupun di alam maya. Apa yang penting adalah perkongsian berkenaan. Pengumpulan petua ini mungkin akan mengambil masa. Walau bagaimanapun saya akan cuba yang terbaik.Doakan usaha saya ini dipermudahkan.